
Lirik lagu ini
ialah syair seorang pejungga bernama Jamil bin Muammar buat kekasihnya Buthainah
binti Hayan. Penyair ini terkenal dengan nama Jamil Buthainah. Beliau wafat di
Mesir tahu 82 hijrah ketika berumur 48 tahun. Syair tinggalannya dihafal sejak
zaman berzaman kerana keindahan bahasa dan maksudnya yang mendalam.
..........................................
لو تعلمين
Kalau engkau ketahui
لو تعلمينَ بما أُجنُ من الهوى
لعذرتِ أو لظلمتِ إن لم تعذرِي
Kalau kau ketahui
bagaimana aku gila dek cinta,
nescaya kau ampunkanku atau kau menginayaiku kalau tiada kau ampuni
لا تحسبِي أني هجرتُكِ طائعاً
حدثٌ لعمركِ رائعٌ أن تُهجرِي
Janganlah kau
sangka yang aku meninggalkanmu kerana mengikut kata orang
Ia adalah kisah amat menarik (bagi mereka) bila engkau ditinggalkanku
ما أنتِ و الوعدَ الذي تعِدينني
إلا كبرقِ سحابةٍ لا تــمطرِ
Tiadalah engkau
dan janji yang engkau berjanji denganku
selain seumpama kilauan petir di awan hitam yang tidak membawa hujan